Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
238) BANTUAN KEPADA PETANI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bantuan Kerajaan Negeri untuk membantu petani-petani yang terjejas hasil mereka kerana masalah bencana alam yang tidak dijangka?
Bantuan bencana bagi sektor agromakanan diselaraskan oleh Jabatan Pertanian. Pihak Jabatan Pertanian akan membuat bancian dan anggaran kos kerosakan untuk dimajukan kepada Tabung Bantuan Bencana Agromakanan yang diputuskan di bawah NADMA.