BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)
127) BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sebanyak RM500,000.00 telah diperuntukkan untuk program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS). Berapakah jumlah permohonan yang telah diterima dan diluluskan sehingga kini?
Sejak permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS) dibuka pada April 2019 yang lalu, sebanyak 164 permohonan telah diterima sehingga 18 Julai 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 permohonan telah menerima manfaat Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS) dengan peruntukan sebanyak RM156,799.30. Sebanyak 5 permohonan dalam proses semakan manakala 5 lagi permohonan sedang dalam proses penelitian berstatus tidak lengkap. Selebihnya, sebanyak 97 permohonan adalah tidak layak kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan.
