BANTUAN MODAL
81) BANTUAN MODAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan kepada pemohon-pemohon skim MIMBAR & SKIMSEL?
MiMBAR
Program MiMBAR Selangor menyediakan dua (2) jenis program bantuan iaitu program mikrokredit dan program bantuan niaga. Program mikrokredit bermaksud program yang menyalurkan bantuan pinjaman dalam bentuk mikrokredit yang bertujuan menambahdana perniagaan manakala program bantuan niaga merupakan satu program yang memberi bantuan peralatan, ruang dan peluang perniagaan kepada peniaga kecil bagi membantu menambah hasil jualan dan pendapatan mereka. Justeru sehingga Februari 2012, MiMBAR Selangor telah memberikan pinjaman mikrokredit tanpa faedah kepada 2,488 peniaga kecil di seluruh bandar di Negeri Selangor dengan jumlah pinjaman sebanyak RM5,006,000.00.Manakala pinjaman berbentuk bantuan niaga pula, MiMBAR Selangor telah memberikan 34 kiosk burger dan ice blended kepada pemohon yang berjumlah sebanyak RM102,000.00. Ini bermakna MiMBAR Selangor telah menyalurkan sebanyak RM5,108,000.00peruntukan pinjaman kepada 2,522 pemohon yang berjaya.
SKIMSEL
Peruntukan yang telah diluluskan sehingga 29 Februari 2012 kepada pemohonpemohon SKIMSEL adalah sebanyak RM 18,938,850.
