BANTUAN OKU

65) BANTUAN OKU

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan negeri untuk menjadikan Selangor sebuah negeri Òbarrierfree accessÓ untuk golongan OKU?

    Kerajaan Negeri telah menyedari tentang keperluan untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri bebas halangan OKU. Sehubungan itu, bermula tahun 2009 , Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan telah memohon kerjasama daripada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menjalankan audit ke atas bangunan kerajaan. Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk membuat penambahbaikan terhadap bangunan sedia ada bagi memudahkan golongan OKU menggunakan, mengakses kemudahan sedia ada dan melaksanakan urusan di bangunan kerajaan di kawasan PBT masing-masing.

     

    Selain daripada itu, dalam usaha mencapai ke arah negeri yang bebas halangan OKU, Kerajaan Negeri juga telah mensyaratkan kepada setiap pemaju-pemaju perumahan yang ingin membina rumah, terutama rumah- rumah berbilang tingkat untuk menyediakan kemudahan asas yang bersesuaian dan memenuhi spesifikasi keperluan OKU.

     

    Kini, golongan OKU di sekitar daerah Petaling berpeluang untuk menggunakan pengangkutan OKU yang telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Kemudahan-kemudahan ini disediakan bagi memudahkan golongan ini bergerak dari rumah ke lokasi yang telah ditentukan.

     

    Dengan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan ini, Negeri Selangor akan terus memastikan keperluan golongan OKU tidak dipinggirkan dalam semua aspek dan akan memastikan mereka mendapat hak yang sama seperti masyarakat normal.

Lampiran

Tiada Lampiran.