BANTUAN, PEMBIAYAAN DAN PROGRAM UNTUK GENERASI MUDA
191) BANTUAN, PEMBIAYAAN DAN PROGRAM UNTUK GENERASI MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jenis-jenis bantuan, pembiayaan dan program yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri khususnya kepada generasi muda dalam pelbagai bidang hari ini?
Kerajaan Negeri amat komited dan prihatin dengan merancang pelbagai program khususnya kepada generasi muda dalam pelbagai bidang. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2,904,000.00 setahun untuk peruntukan elaun dan program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) bagi menjalankan program-program PeBT yang telah dirancangkan. Selain itu, sebanyak RM1,968,000.00 telah diperuntukkan untuk program-program di bawah Kerajaan Negeri. Semua program yang dijalankan adalah berpandukan kepada 10 teras utama sebagaimana yang digariskan dalam Dasar Belia Selangor iaitu Keusahawanan dan Pekerjaan, Kepimpinan dan Organisasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemasyarakatan, Jaringan dan Kesukarelawanan, Kebudayaan dan Kesenian, Kesejahteraan dan Kesihatan, Sukan dan Kecergasan, Agama dan Spiritualiti dan
Selain itu, Kerajaan Negeri turut melaksanakan Program Insentif Perkahwinan Belia di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bertujuan untuk menjadikan program ini selari dengan matlamat Pembangunan Berkualiti Rakyat Dipeduli. Seterusnya, program ini juga merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam mensejahterakan rumahtangga dan keluarga di Negeri Selangor di samping sebagai insentif kepada golongan belia di Negeri Selangor yang baru mendirikan rumahtangga. Pada tahun 2015, sebanyak 9509 penerima dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM4,754,500.00 yang telah diperuntukkan untuk program tersebut.
Di samping itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM376,000.00 bagi membiayai Program Diploma Belia Dalam Kerja
Pembangunan Eksekutif di mana seramai 28 orang pelajar yang telah mengikuti program ini dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri
