Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
17) BANTUAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah Dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk pembangunan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) khususnya kuil Hindu?
- Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) ke 4/2019 yang diadakan pada 15 Februari 2019 yang telah disahkan oleh MMKN ke 5/2019 pada 20 Februari 2019 telah menimbang dan meluluskan pembahagian peruntukan hal ehwal selain Islam di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam bagi tahun 2019 seperti berikut :
Bersetuju agar pembahagian bagi setiap kategori agama adalah mengikut peratusan penganut Selain Islam Negeri Selangor iaitu seperti berikut (Jadual 1) :
Agama Penganut (%) Peruntukan (RM) Buddha, Tao dan Lain-lain 60.47 3,628,200.00 Hindu 28.75 1,725,000.00 Kristian 9.42 565,200.00 Sikh 1.36 81,600.00 Jumlah Keseluruhan 6,000,000.00 Jadual 1