Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

41) BAU BUSUK PUSAT PELUPUSAN SAMPAH (RDF)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pusat Pembuangan Sampah (RDF) di Ulu Semenyih mengeluarkan bau busuk hingga ke kawasan perumahan Taman Pelangi Semenyih dan taman-taman perumahan sekitarnya (15 km daripada RDF). Ini menyebabkan ketidakselesaan di kalangan penduduk di sekitar taman-taman perumahan tersebut. Apakah tindakan yang diambil untuk mengatasi bau busuk tersebut?

    Mengikut rekod Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, pusat pembuangan sampah Recycle Energy Sdn Bhd telah beberapa kali diadu menyebabkan pencemaran bau busuk. Hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar telah mendapati punca bau busuk tersebut adalah daripada longgokan sampah yang terkumpul dan juga lelehan air daripada sampah (leachate) yang sedang diangkut oleh lori-lori pengangkut sampah ke premis. Susulan dari itu, Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan Notis Arahan kepada pihak premis supaya mengambil langkah-langkah bagi mengatasi masalah bau busuk. Pemantauan terkini Jabatan Alam Sekitar mendapati masalah bau bususk dari longgokan sampah tersebut telah diatasi oleh pihak premis dengan melaksanakan semburan bio enzim ke atas longgokan sampah setiap sejam sekali serta menutup timbunan sampah dengan menggunakan kanvas.

Lampiran

Tiada Lampiran.