Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

187) BAYARAN CUKAI BARANG & PERKHIDMATAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah Cukai Barang & Perkhidmatan yang telah pihak kerajaan Selangor & PBT masing-masing bayar kepada kerajaan pusat dari permulaan hingga kini.

    Kerajaan Negeri tidak dikecualikan daripada dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). GST yang dikenakan adalah bagi Perolehan Kerja , Perkhidmatan Perunding dan Perkhidmatan Bukan Perunding. Impak pelaksanaan GST bagi tempoh 1 April hingga 31 Disember 2015 berjumlah RM27.28 juta dan bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 September 2016 adalah berjumlah RM46.62 juta.

    Manakala PBT di Negeri Selangor dikenakan GST ke atas semua pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat. Jumlah bersih bayaran GST yang dibayar kepada Kerajaan Pusat oleh PBT setelah mengambil kira input tax dan output tax adalah berjumlah RM19.68 juta bagi tahun 2015 dan RM25.83 juta sehingga 30 September 2016. Pecahan Cukai yang di bayar mengikut PBT adalah seperti di jadual 1.

    Jadual 1: Jumlah Cukai Barang dan Perkhidmatan mengikut PBT.

     

     

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN

    JUMLAH CUKAI GST BERSIH YANG DIBAYAR

     

    TAHUN 2015 (RM)

    Output-Input

    JUMLAH CUKAI GST BERSIH YANG DIBAYAR

     

    SEHINGGA SEPTEMBER 2016 (RM)

    Output-Input

    MBSA 4,546,332.90 9,738,460.98
    MBPJ 6,394,683.00 9,043,205.00
    MPK 5,020,491.90 2,237,849.89
    MPAJ 33,427.47 Tiada
    MPSJ 481,510.54 384,599.60
    MPS 541,680.90 598,382.98
    MPKJ Tiada Tiada
    MPSP 2,134,297.54 2,666,472.43
    MDKS 15,298.66 4,826.10
    MDHS Tiada 190,942.04
    MDKL 514,649.78 972,808.10
    MDSB 2,154.96 Tiada
    JUMLAH 19,684,527.65 25,837,547.12

    Catatan: Bagi PBT yang tiada jumlah cukai yang dibayar adalah disebabkan input tax

    melebihi output tax menyebabkan tiada pembayaran cukai yang dibuat.

    Input tax– Cukai GST yang dikenakan ke atas PBT dan boleh dituntut semula, contoh: Perolehan Kerja Naiktaraf.

    Output tax– Cukai GST ke atas perkhidmatan yang telah dijalankan oleh PBT, contoh: Sewaan Dewan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.