Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

321) BEKALAN AIR BERSIH DI KAMPUNG NAQSYABANDIAH, KAJANG

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kampung Naqsyabandiah, terletak kira-kira 4 km daripada Bandar Kajang. Ia berada dalam DUN Semenyih. Sehingga kini, kampung ini tidak mempunyai bekalan air bersih. Mohon penjelasan apakah perkembangan projek membekalkan air bersih di situ seperti tender yang pernah dikeluarkan pada 2013

    Penduduk kampung ini tidak menerima bekalan air bersih semenjak tahun 1980-an lagi disebabkan masalah tekanan air rendah dan terpaksa bergantung kepada sumber air bukit berikutan lokasi kampung ini yang terletak di kawasan yang tinggi. Pada tahun 2013 hingga 2014, SYABAS  telah menaiktarafkan sistem bekalan air ke Kg. Naqsyabandiah dan dengan penyempurnaan projek tersebut, secara teknikalnya, tekanan air adalah mencukupi untuk membekalkan air kepada penduduk kampung.

     

    Namun begitu, timbul masalah baharu di mana apabila bekalan air dibuka, paip retikulasi sedia ada telah pecah dan bocor di beberapa tempat. Setelah meneliti masalah ini, SYABAS mendapati ianya berpunca daripada keadaan paip yang telah usang dari jenis Asbestos Cement (AC) dan telah lama tidak digunakan. Paip retikulasi sedia ada tidak dapat diuji sebelum ini kerana tekanan daripada paip agihan tidak mencukupi untuk membekalkan air ke kawasan ini. Anggapan yang dibuat adalah paip retikulasi ini adalah di dalam keadaan baik ketika kajian menaiktarafkan dijalankan dan seterusnya ia tidak dimasukkan ke dalam skop kerja menaik taraf tersebut.

     

    Bagi mengatasi masalah ini, SYABAS melalui surat bertarikh 8 Disember 2014 dan 7 Mei 2015 telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) untuk memasang sistem paip retikulasi termasuk paip komunikasi di Kg. Naqsyabandiah untuk dimasukkan di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB). Skop kerja utama ialah pemasangan paip jenis HDPE berukuran 160 mm.

     

    Walau bagaimanapun, KKLW melalui surat mereka bertarikh 10 September 2015 telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat mempertimbangkan permohonan SYABAS tersebut kerana ianya adalah melibatkan pemasangan

     

    paip baharu bagi tujuan menaik taraf sistem sedia ada di kampung tersebut yang mana adalah di luar skop Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB).

     

    SYABAS akan mengkaji semula kos keseluruhan kerja pemasangan paip retikulasi dan menyerahkan pelan cadangan untuk mendapatkan kelulusan Suruhanjaya              Perkhidmatan              Air               Negara               (SPAN).

Lampiran

Tiada Lampiran.