BEKALAN AIR BERSIH YANG BERTEKANAN RENDAH DI JALAN TERATAI MERU DAN BUKIT KERAYONG 2 DUN MERU
158) BEKALAN AIR BERSIH YANG BERTEKANAN RENDAH DI JALAN TERATAI MERU DAN BUKIT KERAYONG 2 DUN MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah punca- punca masalah telah dikenalpasti?
Untuk makluman, punca-punca masalah telah dikenal pasti seperti berikut :
Kawasan Taman Teratai
Kawasan Taman Teratai terletak di dalam zon kawalan tekanan [’District Metering Zone (DMZ)’ KG.017 Kampung Meru Zon 3].
Berdasarkan siasatan Air Selangor, tekanan bekalan air yang direkodkan untuk kawasan ini adalah pada tahap maksimum, iaitu 25 Mh (Meter Head / Kepala Meter); dan purata tekanan pada tahap 9Mh (tekanan dikawal bagi mencegah paip pecah).
Walaupun dalam keadaan tekanan dikawal, Air Selangor masih merekodkan kes paip pecah berulang, jumlah yang direkodkan pada bulan Januari 2017 ialah sebanyak dua (2) kes manakala pada bulan Februari 2017 satu (1) kes.
Justeru Air Selangor akan mengekalkan tekanan di kawasan tersebut pada kadar purata 9Mh bagi mengawal tekanan pada waktu malam yang direkodkan pada kadar 25Mh.
Kawasan Bukit Kerayong 2
Kawasan Bukit Kerayong 2 mendapat bekalan air daripada Kolam Lam Bee yang berada pada jarak sekitar 15 km. Kawasan Bukit Kerayong 2 juga dikenal pasti sebagai kawasan akhir rangkaian paip agihan bekalan air daripada Kolam Lam Bee dan persempadanan dengan sumber bekalan air daripada Kuala Selangor.
Kedudukan kawasan ini yang berada jauh di penghujung sistem agihan menyebabkan kawasan ini mendapat bekalan air dengan baki tekanan yang rendah.
Walaupun dengan baki tekanan yang rendah kawasan ini juga merekodkan kes paip pecah yang tinggi, iaitu sebanyak 31 kes dari tahun 2015 hingga 2016. Di antara punca kes paip pecah adalah disebabkan oleh paip jenis Simen Asbestos yang telah berusia lebih 30 tahun. Berdasarkan rekod dari Januari 2015 hingga Februari 2017 jumlah aduan tekanan rendah yang direkodkan adalah sebanyak 47 aduan.
Selain dari itu, kepesatan pembangunan di sekitar Jalan Meru sehingga ke kawasan Setia Alam yang mendapat bekalan daripada sumber yang sama, iaitu Kolam Lam Bee; juga menjejaskan keupayaan mengekalkan tekanan bekalan air ke kawasan Bukit Kerayong 2 pada tahap yang tinggi.
