Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

169) BEKALAN AIR TERAWAT DI TAMAN NAQSYABANDIAH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pada tahun 2016, SYABAS telah menyatakan persetujuan untuk memasang paip retikulasi baru bagi membolehkan air terawat disalurkan ke taman berkenaan. Ingin tahu apakah status pembekalan air di taman itu ketika ini?

    Status pembekalan air ke Kg. Naqsyabandiah, penduduk masih menggunakan air bukit yang dirawat sendiri. SYABAS juga telah menganugerahkan kerja bagi pemasangan “inline booster” yang bertujuan untuk mengepam air dari paip utama ke Tangki Menara Naqsyabandiah. Apabila kerja-kerja ini siap, air boleh sampai ke Kg. Naqsyabandiah, namun penggantian retikulasi di dalam kawasan kampung ini perlu dijalankan kerana paip sediada tidak boleh digunakan lagi kerana banyak kebocoran serta kerosakan.

    Untuk makluman, pihak SYABAS telah melantik juruperunding bagi menjalankan kerja-kerja rekabentuk. Setelah rekabentuk dimuktamadkan, kerja-kerja pemasangan paip retikulasi akan dijadualkan mengikut kepada peruntukan kewangan syarikat.

Lampiran

Tiada Lampiran.