Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

227) BEKALAN AIR YANG MENCUKUPI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah persiapan Selangor bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga pembinaan Langat 2?

    Kerajaan Negeri amat memandang serius isu ketidakcukupan air yang sering disensasikan oleh banyak pihak dalam melihat kelemahan Kerajaan Negeri di dalam menguruskan industri air. Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mencapai sasaran meningkatkan rizab bekalan air mencapai 15% sebagai satu inisiatif ‘water demand planning’ yang berjangka panjang. Rizab bekalan air pada ketika ini berada pada tahap amat nipis sekali iaitu pada kadar 2%.

     

    • Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa beberapa langkah memastikan bekalan air mentah dan air terawat akan terus diberikan keutamaan untuk menampung permintaan pengguna baik dari segi kualiti dan juga kuantiti, Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :

    Pelaksanaan Projek Mitigasi 2 yang telah disiapkan secara berperingkat sejak Julai 2015. Pelaksanaan projek ini melibatkan sebanyak 8 projek. Empat (4) projek telah pun siap, manakala 4 projek lagi akan siap sepenuhnya pada Disember 2015. Pelaksanaan projek Mitigasi 2 ini akan memberikan tambahan air terawat sebanyak 300 JLH ke dalam sistem sedia ada. Selain itu, projek ini juga dapat menambah baik sistem interconnectivity sedia ada;

     

    1. Selepas Perjanjian Tambahan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor dimeterai pada 10 Julai 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah pun memberikan kelulusan ke

     

    atas pembangunan Loji Langat 2. Kelulusan tersebut melibatkan kelulusan pengambilan balik 21 lot tanah, kebenaran merancang ke atas 12 pakej pembangunan loji Langat 2, Kelulusan Pelan Bangunan dan kelulusan Permit Kerja yang berkaitan seperti kerja tanah, pengalihan utiliti dan pelencongan sungai;

     

    • Melaksanakan projek membaik pulih loji rawatan air Sungai Langat bagi memastikan pengeluaran loji yang berkapasiti reka bentuk 386 JLH boleh mencapai 500 JLH dengan menyediakan sistem standby dan menukar pam yang berkapasiti lebih tinggi.;

     Sebagai usaha untuk memastikan bekalan air mentah yang mencukupi di Sungai Langat, dengan persetujuan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) dan Kerajaan Negeri Pahang, Kerajaan Negeri telah mendapatkan bekalan air mentah dari Sungai Semantan yang disalurkan ke Sungai Langat. Pengepaman air mentah tersebut telah bermula semenjak 24 Ogos 2015. Jumlah air mentah yang boleh didapati dari Sg Semantan itu dianggarkan antara 300 JLH hingga ;

     

    1. Kerajaan Negeri telah memberikan persetujuan kepada Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kerajaan Negeri bagi menyalurkan bekalan air bersih dari Negeri Sembilan sebanyak 65 JLH. Kerja-kerja pemasangan paip dari Negeri Sembilan ke Negeri Selangor akan dilaksanakan oleh pihak KTTHA;

     

    1. Kerajaan Negeri meneruskan kerja-kerja pengepaman kolam-kolam takungan di Bestari Jaya dan Kolam HORAS bagi mengawal pelepasan Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi; dan

     

    • Kerajaan Negeri Selangor juga telah melantik perunding untuk membuat kajian terperinci mengenai “Water Resources, Supply, Demand And Distribution Study For Selangor” untuk dijadikan sebagai Master plan atau Blueprint bekalan air. Melalui kajian ini kelak, Kerajaan Negeri boleh mengenal pasti sumber-sumber baru untuk kegunaan masa hadapan. Melalui kajian ini juga, Kerajaan Negeri akan dapat mengenal pasti semua sistem agihan yang sedia ada dan boleh merealisasikan matlamat untuk mengujudkan sistem agihan inter connection di mana melalui inter connection ini, sekiranya berlaku henti tugas mana-mana loji, maka ia tidak menjejaskan pembekalan kepada pengguna sebaliknya pembekalan kepada loji yang henti tugas tadi boleh ditampung oleh loji rawatan air yang lain dan Kerajaan Negeri boleh menyediakan masterplan bekalan air untuk tempoh 50 tahun akan datang.

     

    • Kerajaan Negeri juga mendapati bahawa perancangan awal pelaksanaan Projek Langat 2 yang dijangkakan siap pada suku tahun 2017 telah berubah dan dijadualkan siap pada pertengahan tahun 2019. Lantaran itu, Kerajaan Negeri telah meneroka sumber-sumber air tambahan bagi memitigasikan sebarang kemungkinan kekurangan bekalan antara tempoh 2017 – 2019. Antara pembangunan sumber baru yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:-
    • Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Kuala Langat yang dijangka boleh membekalkan air sebanyak 400 JLH ; dan
    • Loji Rawatan Air Semenyih 2, Jenderam Hilir dengan kapasiti 100JLH.

Lampiran

Tiada Lampiran.