BEKALAN TENAGA

219) BEKALAN TENAGA

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pembekalan tenaga bagi menampung permintaan yang bertambah dalam Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor sedar bahawa permintaan terhadap bekalan tenaga akan bertambah kerana negeri Selangor merupakan tumpuan aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perkilangan, pembuatan, perkhidmatan dan perdagangan. Semua jenis industri ini memerlukan bekalan tenaga yang konsisten supaya aktiviti mereka tidak terjejas. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Selangor telah menjalin kerjasama dengan Syarikat Q-Cell, sebuah syarikat yang menghasilkan wafer dan sel solar dari Jerman bagi menghasilkan produk berkaitan sistem solar. Syarikat ini telah menempatkan kilang-kilang di Taman Sains Selangor 2 dengan jumlah pelaburan sebanyak  RM 2.6 bilion sebagai pelaburan awal. Melalui usaha ini, pembekalan tenaga boleh dijana melalui sumber tenaga alternatif.

Lampiran

Tiada Lampiran.