BEKAS PEKERJA LADANG IJOK
165) BEKAS PEKERJA LADANG IJOK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini nasib bekas pekerja ladang di Ijok yang diarahkan pindah oleh Kerajaan Negeri?
Soalan ini terlalu umum untuk diperjelaskan kerana saya tidak pasti ladang manakah yang dirujuk oleh Yang Berhormat Jeram. Dalam pada itu, dimaklumkan bahawa peningkatan pembangunan di kawasan Ladang Coalfield yang dimiliki oleh KL – Kepong Berhad adalah merupakan usaha dari Kerajaan Negeri melalui perbincangan bersama dengan pemilik ladang berkenaan berhubung kemajuan pembangunan kawasan ladang tersebut iaitu dengan memberi subsidi rumah kepada 38 bekas pekerja ladang untuk membeli rumah dengan kadar harga yang lebih murah iaitu RM35,000.00 sebuah berbanding harga asal sebanyak RM150,000.00 bagi sebuah rumah. Sehubungan dengan itu, pampasan sebanyak RM18,000.00 juga telah diserahkan kepada 38 keluarga bekas pekerja ladang berkenaan yang telah memenangi keputusan mahkamah. Di samping itu, pihak KL– Kepong Berhad juga telah memperuntukkan tanah seluas 1 ekar sebagai tapak ibadat kepada bekas pekerja ladang tersebut sebagai kemudahan kepada mereka bagi membina kuil.
