BENTENG PENGHALANG PASIR
186) BENTENG PENGHALANG PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilakah pihak JPS akan memanjangkan benteng penghalang pasir di Pantai Redang Bagan Sekinchan bagi menghalang pasir daripada terus masuk ke muara Sungai Sekinchan ?
Struktur sepanjang lebih kurang 100 meter yang juga merupakan benteng batu bagi menghalang pasir dari masuk ke muara di Pantai Redang Bagan Sekinchan telah dilaksanakan dan memberi impak yang positif kepada pihak nelayan yang menggunakan muara sungai tersebut sebagai laluan keluar masuk ke laut. Walau bagaimanapun ukuran panjang struktur ini masih tidak mencukupi untuk menghalang terus pasir dari masuk ke muara. Pihak JPS ada membuat perancangan untuk meneruskan benteng batu tersebut tetapi peruntukan yang diterima tidak cukup dan hanya mampu untuk menyelenggara banteng pantai yang lebih terdedah kepada hakisan yang
