Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

124) BIASISWA BAGI PENGAJIAN BIDANG-BIDANG STRATEGIK DAN KRITIKAL DI PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH (PHD)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Peruntukan RM5 juta telah disediakan untuk tujuan ini pada tahun 2015. Apakah syarat-syarat permohonan dan adakah borang permohonan telah disediakan?

    Cadangan pelaksanaan biasiswa ini masih dalam proses untuk mendapatkan ulasan Pegawai Kewangan Negeri dan seterusnya kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Peruntukan yang telah disediakan bagi tahun 2015 adalah sebanyak 5 juta sahaja dan akan dipindahkan secara direct grant daripada vot P01-PK7(07009) – Pendidikan Tinggi.

    Sekiranya diluluskan, program ini akan dilaksanakan sebagai Program Khas Selangor Brain Bank di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS). Syarat-syarat permohonan akan diumumkan setelah mendapat kelulusan daripada MMKN dan borang permohonan akan disediakan secara online di portal rasmi TKWBNS sebaik sahaja tawaran dibuka kelak

Lampiran

Tiada Lampiran.