BILIK GERAKAN BENCANA
181) BILIK GERAKAN BENCANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri ada menubuhkan bilik gerakan bagi menangani sesuatu bencana. Apakah terma rujukan dan bidang kuasa bilik gerakan ini?
Rujukan berpandukan kepada Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara dan bidang kuasa bilik gerakan adalah:
- Melaksanakan dasar, strategi, arahan, pelan tindakan dan hala tuju dalam pengendalian bencana di peringkat Negeri;
- Mengurusperdanakan langkah-langkah Pengurangan Risiko Bencana melalui Agensi Kerajaan di Peringkat Negeri’
- Melaksanakan usaha-usaha pemantapan penyampaian Sistem Amaran Awal Bencana secara berkesan dan berterusan kepada Agensi kerajaan dan orang awam;
- Melaksanakan latihan pengurusan bencana yang bersepadu di antara agensi kerajan dari masa ke semasa bagi memenuhi tahap kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi sesuatu bencana;
- Melaksanakan program pembangunan keupayaan dan kesedaran awam di Peringkat Negeri/Daerah;
- Menubuhkan Jawatankuasa Kerja bagi melicinkan urusan menangani bencana;
- Menubuhkan Jawatankuasa Penilaian di Peringkat Negeri; viii.Meneliti dan menyelaras semua permohonan bantuan Pemulihan;
- Merancang dan melaksanakan program pencegahan, kesiapsagaan, tindak balas dan pemulihan di peringkat negeri;
- Mewujudkan dan mengemaskini profil kawasan berisiko bencana di peringkat negeri;
- Mewujudkan pangkalan data mengenai peralatan, kelengkapan dan senarai kepakaran di peringkat negeri;
- Menyelaras keperluan pengurusan dan bantuan bencana di peringkat negeri; xiii.Mewujudkan PKOB Negeri;
- Menentukan bantuan yang komprehensif kepada mangsa dan anggota penyelamat;
- Menjalankan post-mortem dengan segera selepas sesuatu bencana; dan xvi.Menyediakan laporan pengendalian dan pengurusan
