BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
131) BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pecahan penerima dan jumlah bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan mengikut daerah di seluruh Selangor?
Sepertimana semua sedia maklum, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi golongan masyarakat/ individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan.
Sehingga Oktober 2017, sejumlah 3,372 orang telah menerima manfaat daripada program ini sejak ianya mula dilaksanakan pada tahun 2008. Berikut merupakan jumlah penerima manfaat mengikut daerah:-
BIL. DAERAH JUMLAH PENERIMA MANFAAT (ORANG) 1. Petaling 182 2. Klang 482 3. Gombak 232 4. Hulu Langat 125 5. Kuala Langat 692 6. Sepang 256 7. Hulu Selangor 499 8. Kuala Selangor 341 9. Sabak Bernam 563 JUMLAH KESELURUHAN 3,372
