CADANGAN KENAIKAN TARIF AIR DI SELANGOR
156) CADANGAN KENAIKAN TARIF AIR DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rasionalnya Kerajaan Negeri mencadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk menaikkan tarif air di Selangor?
Kerajaan Negeri masih berbincang dengan Kerajaan Persekutuan mengenai cadangan kenaikan tarif dengan Kerajaan Persekutuan kerana melalui penguatkuasaan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara, 2006 (Akta 655), kuasa eksekutif diberikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi perkara-perkara yang berhubung dengan sistem bekalan air dan perkhidmatan bekalan air bagi semua negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan termasuk di dalam menentukan kadar tarif.
