Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

34) CADANGAN MENGADAKAN LEBIH BANYAK PUSAT-PUSAT PERNIAGAAN SETEMPAT DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan bercadang mengadakan lebih banyak pusat-pusat perniagaan setempat terutamanya di kawasan kampung bagi membuka lebih banyak peluang rakyat berniaga?

    Kerajaan Negeri sangat komited untuk meningkatkan ekonomi penduduk kampung di Negeri Selangor. Bermula tahun 2008, pelbagai program dijalankan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di bandar dan di desa khususnya. Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000.00 untuk melaksanakan Program 1 Daerah 1 Inkubator yang melibatkan sebanyak 4 buah inkubator di 4 daerah yang berasingan. Inkubator ini telah diwujudkan untuk memberdayakan ekonomi warga desa dan kampung tradisi dan menjadi pusat untuk golongan belia belajar untuk memulakan perniagaan. Program ini juga akan meningkatkan taraf sosial rakyat Negeri Selangor ke arah kesejahteraan negeri. Selain boleh menggunakan premis dan peralatan untuk menjalankan perniagaan, peserta juga akan diberikan kursus dan pemantauan dari masa ke semasa oleh pengendali program ini iaitu Kolej INPENS. Inkubator yang telah disediakan adalah melibatkan kursus-kursus adalah seperti di Jadual 1 :

    Jadual 1 : Jenis-jenis inkubator yang disediakan di PBT Negeri Selangor

    Daerah Jenis Inkubator
    Klang Penyaman Udara & Pendawaian Elektrik
    Kuala Langat Pusat Kecantikan, Dandanan Rambut &

    Jahitan

    Sabak Bernam Bengkel Motosikal
    Hulu Selangor

    Pada tahun ini, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan dua (2) buah inkubator iaitu di Hulu Langat dan Petaling bagi memberi peluang kepada penduduk di daerah terlibat belajar untuk memulakan perniagaan sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.