CADANGAN PEMBINAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT I-CITY DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM

121) CADANGAN PEMBINAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT I-CITY DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional di sebalik perkongsian kos pembinaan berjumlah hampir RM 60 juta dengan I-City Bhd bagi pembinaan persimpangan bertingkat itu?

    Perkongsian kos merupakan amalan biasa yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri dengan anak-anak syarikat Kerajaan (GLC) dan juga pihak syarikat swasta terutamanya yang melibatkan projek yang bernilai tinggi.

    Terdapat banyak projek yang melibatkan perkongsian kos di antara pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak syarikat swasta sebagai contoh projek yang melibatkan pihak Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA) bagi cadangan pembinaan Persimpangan Bertingkat Kedua  di kilometer 28   (Ch 18750) Lebuh raya Kesas Seksyen 32, Shah Alam. Kos bagi pembinaan persimpangan bertingkat tersebut ialah sebanyak RM33,868,935.00 dan jumlah sumbangan bagi tujuh (7) pemaju yang terlibat adalah berdasarkan kepada keluasan tanah pemaju seperti JADUAL 1 berikut :

    JADUAL 1

          Keluasan      Tanah  
    Bil.   Nama Pemaju   Sumbangan (RM)
    (Ekar)
         
    1. Bukit Rimau Dev. Sdn. Bhd. 384.40 12,344,352.84
    2. AMJ Poperties Sdn. Bhd. 72.61 2,331,746.77
    3. Highland & Lowland Bhd 186.13 5,977,248.69
    4. Pembinaan Gejati Sdn. Bhd. (Thangamalay Estate) 235.13 7,550,800.43
    5. Bank Negara (TPPT Sdn. Bhd.) 165.00 5,298,694.64
    6. Metro Sehati Dev. Sdn. Bhd. 6.70 215,159.12
    7. Budget Height Sdn. Bhd. 4.70 150,932.51
      JUMLAH 1054.67 33,868,935.00

    Manakala bagi pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) , terdapat juga  projek yang melibatkan perkongsian kos iaitu projek pembinaan persimpangan bertingkat “Clover Leaf” di Selangor Sciene Park 2, Sepang. Projek tersebut melibatkan kos sebanyak RM137,971,873.59 dan dasar perkongsian kos bagi projek ini adalah berdasarkan kepada keluasan kawasan, penggunaan dan jenis infrastruktur. Pihak yang terlibat dalam perkongsian kos bagi pembinaan projek tersebut adalah seperti JADUAL 2 berikut: JADUAL 2

         
    Bil.   Nama Pemaju   Sumbangan (RM)
         
    1. PKNS 76,714,082.53
    2. Taraf Unggul Sdn Bhd 39,940,485.33
    3. JY Construstions Work Sdn Bhd 11,549,966.18
    4. Utuh Aspirasi Sdn Bhd 6,954,739.80
    5. Perspektif Perkasa Sdn Bhd 1,445,987.28
    6. Semai Ria Sdn Bhd 1,368,612.47
      JUMLAH 137,971,873.59

    Dalam hal ini, pembinaan Persimpangan Bertingkat Seksyen 7 Shah Alam adalah bertujuan bagi penguraian masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku  di sekitar Seksyen 7 yang kian pesat membangun. Tetuan I-City Properties Sdn. Bhd. (I-City) adalah merupakan pemaju yang sedang giat memajukan kawasan berkenaan serta merupakan penyumbang utama kepada kepesatan pembangunan dan kesesakan di sekitar kawasan berkenaan. Maka dengan ini adalah wajar pihak I-City terlibat di dalam perkongsian kos pembinaan persimpangan bertingkat berkenaan yang kelak akan memberi pulangan kepada pihak I-City jua.

    Walau bagaimanapun, tumpuan perkongsian kos bukan hanya melibatkan pihak I-City sahaja malah melibatkan dua belas (12) syarikat yang berkepentingan termasuk anak-anak syarikat Kerajaan Negeri berdasarkan hasil kajian impak trafik (TIA) dan nilai pembangunan kasar (GDV) bagi setiap syarikat.

Lampiran

Tiada Lampiran.