Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

324) CAJ ABSTRAKSI SUMBER AIR MENTAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Status terkini pelaksanaan kutipan caj abstraksi sumber air mentah oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

    Pihak LUAS telah melaksanakan skim pelesenan dan caj abstraksi sumber air bermula pada 1 Julai 2005 berdasarkan keputusan MMKN Bil.8/2005 pada 13 April

     

    Berdasarkan rekod LUAS daripada 1 Julai 2005 sehingga 30 September 2015 terdapat 210 premis yang telah dilesenkan oleh LUAS di Negeri Selangor dengan 109 premis air bumi (203 buah telaga tiub) dan 104 premis air permukaan (194 muka sauk). Jumlah pengeluaran lesen samada lesen baru atau pembaharuan adalah 450 lesen. Terdapat 93 telaga dan 68 muka sauk yang telah ditutup.

     

    Antara sektor yang telah dilesenkan di bawah skim ini adalah perkilangan, pengusaha golf, peladangan, perlombongan, pencucian pasir, nurseri pokok, penjanaan elektrik, penternakan dan akuakultur.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.