Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
236) CARUMAN PERKESO UNTUK KAKITANGAN PUSAT KHIDMAT OLEH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan boleh pertimbang dan luluskan caruman PERKESO untuk 3 kakitangan yang di tawarkan "Contract For Service "?
Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 21 /2013 bertarikh 24 Julai 2013 telah meluluskan pelantikan tiga (3) orang Pembantu Tadbir secara contract for service untuk setiap Pusat Khidmat Masyarakat dengan diberi kelulusan khas caruman KWSP. Lanjutan daripada keputusan tersebut, Kerajaan Negeri telah menerima cadangan supaya setiap Pembantu Tadbir tersebut dilindungi oleh PERKESO. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut telah ditangguhkan berikutan keputusan Kerajaan Negeri untuk menambah seorang lagi kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat untuk setiap kawasan Ahli Dewan Negeri. Perkara ini akan dikaji semula setelah pertambahan Pembantu Tadbir di Pusat Khidmat Masyarakat dilaksanakan tahun hadapan.