CARUMAN WANITA SELANGOR

129) CARUMAN WANITA SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan Caruman Wanita Selangor bagi mewujudkan jaringan keselamatan sosial khasnya untuk golongan suri rumahtangga?

    Kerajaan Negeri amat menghargai peranan dan sumbangan golongan wanita termasuk golongan suri rumah dalam pembangunan masyarakat, sosial dan ekonomi negeri. Pada 4 Oktober 2017 yang lalu, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah melancarkan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2017-2020 sebagai sebuah dasar yang holistik dan progresif membangun dan memberdaya wanita di Negeri Selangor.

    Bagi mewujudkan jaringan keselamatan sosial serta menjana pendapatan wanita terutama golongan suri rumah dan kumpulan sasaran, Dasar Wanita Selangor telah mencadangkan agar sebuah projek rintis koperasi milik wanita Selangor ditubuhkan untuk simpanan dan perusahaan berasaskan perkhidmatan. Oleh yang demikian, koperasi ini kelak akan bertindak sebagai sebuah platform pemberdayaan ekonomi bagi golongan wanita secara keseluruhannya.

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai jumlah pekerja sektor tidak formal mengikut pecahan jantina, sektor, umur dan kaum memandangkan sektor tidak formal ini tidak berdaftar dengan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri.

    Walau bagaimanapun, golongan wanita yang bekerja di sektor tidak formal ini tidak terkecuali daripada menikmati manfaat yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

    Kerajaan Negeri meraikan dan menjaga kebajikan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan B40 yang memerlukan perhatian dan bantuan Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sebanyak 42 buah program berteraskan kesihatan, pendidikan, kebajikan, perumahan, perniagaan dan perusahaan telah diwujudkan bagi membantu kebajikan rakyat Selangor mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.