CASH BAND (M) BERHAD
175) CASH BAND (M) BERHAD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Cash Band (M) Berhad merupakan anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad. Nyatakan bidang dan projek di bawah syarikat ini?
Cash Band (M) Berhad (“Cash Band”) merupakan sebuah syarikat pelaburan induk dan memiliki/mentadbir Perangsang Templer Golf Club (“PTGC”).
Selain daripada itu, Cash Band juga merupakan syarikat induk bagi Perangsang Hotel & Properties Sdn Bhd (yang memiliki dan menguruskan Quality Hotel City Centre dan Quality Hotel Shah Alam) serta Brisdale International Hotel Sdn Bhd (yang memiliki dan menguruskan Hotel Brisdale). Cash Band juga memiliki kepentingan sebanyak 49% di dalam KDE Recreation Berhad.
