‘CITIZEN JOURNALIST DAN PEMASANGAN ‘BILLBOARD’

213) ‘CITIZEN JOURNALIST DAN PEMASANGAN ‘BILLBOARD’

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pelaksanaan terhadap cadangan mewujudkan 'citizen journalist' Selangorkini dan pemasangan dua buah 'billboard' di setiap kawasan DUN bagi merancakkan program penerangan Neger

    Rancangan mewujudkan ‘citizen journalist’ yang juga disebut pemberita sambilan atau pemberita daerah dimula pada zaman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi telah tergendala. Beberapa siri kursus kewartawanan secara mingguan telah dilaksanakan selama kebih kurang satu (1) bulan bagi melatih individu yang berpontensi tetapi sambutan masih belum memuaskan. Usaha meneruskan mewujudkan ‘citizen jounalist’ akan diteruskan dalam masa terdekat bagi memastikan Selangor Kini memiliki Pemberita di segenap pelusuk negeri.

    Pemasangan dua (2) unit billboard di setiap kawasan DUN telah dilaksanakan di semua PBT yang bertujuan untuk memamparkan iklan berkaitan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan memberi penerangan yang berkesan kepada rakyat mengenai perancangan dan aktiviti Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.