DANA BENCANA ALAM – BANTUAN KEPADA MANGSA2 BENCANA ALAM SANGAT LAMBAT DENGAN BUREUKRASI YANG ADA SEKARANG
161) DANA BENCANA ALAM – BANTUAN KEPADA MANGSA2 BENCANA ALAM SANGAT LAMBAT DENGAN BUREUKRASI YANG ADA SEKARANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membuat rancangan, kajian dan transformasi SOP yang membolehkan bantuan bencana cepat sampai kepada mangsamangsa?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Pengurusan Bencana telah mengambil langkah-langkah seperti berikut bagi memastikan bantuan kewangan disampaikan kepada mangsa-mangsa bencana dengan kadar segera :
- Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Akaun Bencana Daerah dua (2) kali
- Memastikan peruntukan mencukupi dalam semua akaun bencana daerah iaitu sebanyak RM 50,000.00 bagi setiap Pejabat Daerah dengan had pengeluaran daripada kad Auto Teller Machine (ATM) sebanyak RM 10,000.00 sehari yang boleh dikeluarkan terus secara tunai.
- Menekankan hanya 3 dokumen sahaja yang diperlukan iaitu :
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Laporan Polis
- Laporan ringkas beserta gambar lokasi kejadian yang disahkan oleh Penghulu / Ketua
- Bagi jumlah mangsa bencana yang besar, Pejabat Daerah dan Tanah dinasihatkan melaksanakan penyampaian bantuan secara berfasa dengan mendahulukan pemohon yang telah lengkap dokumentasinya. Langkah ini adalah perlu, untuk memastikan bantuan segera dan dapat mengelakkan daripada tuntutan
