DANA INDUSTRI KAMPUNG

113) DANA INDUSTRI KAMPUNG

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jenis dan jumlah dana industri kampung yang diluluskan mengikut pecahan daerah.

    Kerajaan Negeri Selangor sedia maklum dan menjangkakan kemerosotan ekonomi dan mata wang serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Sehubungan itu, mulai tahun 2015, Dana Industri Kampung telah diperkasakan kepada Dana Usahawan Mikro Selangor. Dengan pemerkasaan ini, had bantuan yang dahulunya berjumlah RM10 ribu per permohonan telah dinaikkan kepada RM30 ribu per

    Selain daripada itu, Dana Industri Kampung yang dahulunya hanya ditawarkan kepada usahawan kampung dengan pendapatan tahunan tidak melebihi RM50 ribu kini dikembangkan kepada Usahawan Mikro dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM300 ribu. Bentuk bantuan yang ditawarkan juga telah diperluaskan. Sebelum ini, Dana Industri Kampung hanya menawarkan bantuan berbentuk peralatan sahaja tetapi kini, dengan pemerkasaan Dana Usahawan Mikro Selangor bentuk bantuan yang ditawarkan adalah pembelian mesin / peralatan / perkakasan, mengubahsuai premis perniagaan / perusahaan, menaiktaraf premis perniagaan / perusahaan, pembiayaan sebahagian kos penyertaan usahawan ke ekspo jualan dan promosi di dalam dan luar negara, pembiayaan sebahagian kos untuk pembangunan produk dan persijilan seperti ujian nutrisi, pendaftaran cap dagang, pencarian dan pendaftaran paten, perlindungan harta intelek, persijilan GMP, HALAL, HACCP, ISO dan lain-lain dalam mematuhi standard nasional dan antarabangsa.

    Jumlah keseluruhan Dana Industri Kampung dan Dana Usahawan Kampung yang telah diluluskan bagi tahun 2014 dan 2015 adalah sebanyak RM1,804,080.00 yang mana sebanyak RM 700 ribu adalah bagi tahun 2014 dan RM1,104,080.00 adalah bagi tahun 2015 (sehingga 19 Oktober 2015). Senarai jenis dan jumlah Dana Industri Kampung (2014) dan Dana Usahawan Mikro Selangor (2015) yang diluluskan mengikut pecahan daerah adalah seperti di Lampiran A1 bagi tahun 2014 dan Lampiran A2 bagi tahun 2015.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.