Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

153) DASAR DAN GARISPANDUAN MENGENAI BAYARAN DIVIDEN OLEH SYARIKAT-SYARIKAT KERAJAAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah syarikat-syarikat kerajaan telah mengikut peraturan bayaran dividen seperti yang tertakluk dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993?

    a), b) dan c)

     

    Merujuk kepada Para 5, Pekeliling Perbendaharaan Bil 11 Tahun 1993 seperti berikut:-

     

    “5. PEMAKAIAN OLEH KERAJAAN NEGERI

     

    5.1 Semua Kerajaan Negeri adalah diminta untuk mematuhi Pekeliling ini selaras dengan keputusan Persidangan Menteri-Menteri Besar Dan Ketua-Ketua Menteri Ke 69 pada 10 hb Jun 1993 yang telah menerima semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Jemaah Menteri Mengenai Perusahaan Awam Bukan Kewangan.”

     

    Berdasarkan Para 5 Pekeliling tersebut, Pihak Berkuasa Negeri diberikan opsyen sama ada untuk menerima pakai atau tidak menerima pakai pekeliling tersebut. Hasil semakan sehingga kini, Pihak Berkuasa Negeri memutuskan untuk tidak mengguna pakai Pekeliling Perbendaharaan Bil 11 Tahun 1993 tersebut.

     

    Dividen adalah pengagihan sebahagian keuntungan syarikat kepada pemegang saham berdasarkan peratusan saham yang dimiliki. Setiap pembayaran dividen / bonus mestilah diisytiharkan.

     

    Walaupun Pekeliling Perbendaharaan Bil 11 Tahun 1993 tidak diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor, namun terdapat Anak Syarikat Kerajaan Negeri yang

     

    telah membayar dividen kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) seperti berikut:-

     

    Badan Berkanun biasanya tidak membuat bayaran dalam bentuk dividen kepada Kerajaan kerana penubuhan Badan Berkanun bukan dalam bentuk pegangan saham.

     

    Selain daripada pembayaran dividen, Anak Syarikat dan Badan Berkanun turut memberikan sumbangan kepada program-program rakyat yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Contoh sebahagian sumbangan Anak Syarikat dan Badan Berkanun dalam program-program anjuran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

     

     

     

     

    BIL

     

    ANAK SYARIKAT

     

    TAHUN KEWANGAN / DIVIDEN DIBAYAR

    (RM)

     

    JUMLAH DIVIDEN TAHUN

    2008 – 2015 (RM)

    1 Permodalan              Negeri Selangor Berhad 2004 – 864,000

    2005 – 864,000

    2006 – 864,000

    2007 – 864,000

    2008 – 864,000

    2009 – 900,000

    2010 – 1,800,000

    2011 – 1,800,000

    2012 – 1,800,000

    2013 – 1,800,000

    2014 – 1,800,000

    2015 – TIADA

    *14,220,000
    2 Kumpulan   Semesta                      Sdn Bhd 2008 – TIADA

    2009 – 3,500,000

    2010 – 14,000,000

    2011 – 6,000,000

    2012 – 6,000,000

    2013 – 15,000,000

    2014 – TIADA

    2015 – TIADA

    *44,500,000
    3 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (MSNS Holdings Sdn Bhd) 2008 – TIADA

    2009 – TIADA

    2010 – TIADA

    2011 – TIADA

    2012 – TIADA

    2013 – 34,000

    2014 – 49,000

    2015 – TIADA

    *83,000

     

     

    BIL

     

    ANAK SYARIKAT

     

    NAMA PROGRAM

     

    SUMBANGAN (RM)

     

    JUMLAH

    1. KDEB Program                           Rangsangan Tanggungjawab Masyarakat                                 Selangor

    (RTMS) 2015

    416,400.00 2,463,946.00
    Program                   Rangsangan Sukan     Selangor     (RSS)

    2015

    1,431,428.00
    Program           Rangsangan

    Usahawan Selangor (RUS) 2015

    616,118.00
    2. PNSB Sumbangan Penajaan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Bagi

    Musim 2015

    5,000,000.00 6,000,000.00
    Jumlah Sumbangan Dan Tuntutan Bagi Tabung Tahfiz Al-Quran Dan Al-

    Qiraat Kuis (TPTAA) 2015

    1,000,000.00
    2. KSSB Sumbangan Penajaan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Bagi

    Musim 2015

    5,000,000.00 5,000,000.00
    Jumlah Sumbangan Dan Tuntutan Bagi Tabung Tahfiz Al-Quran Dan Al-

    Qiraat Kuis (TPTAA) 2015

    500,000.00
    3. MBI Jumlah Sumbangan Dan Tuntutan Bagi Tabung Tahfiz Al-Quran Dan Al-

    Qiraat Kuis (TPTAA) 2015

    500,000.00 4,500,000.00
    Sumbangan Penajaan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Bagi

    Musim 2015

    4,000,000.00
    4. PKNS Jumlah Sumbangan Dan Tuntutan Bagi Tabung Tahfiz Al-Quran Dan Al-

    Qiraat Kuis (TPTAA) 2015

    1,000,000.00 1,000,000.00
    5. PKPS Jumlah Sumbangan Dan

    Tuntutan Bagi Tabung

    500,000.00 500,000.00

     

     

    BIL

     

    ANAK SYARIKAT

     

    NAMA PROGRAM

     

    SUMBANGAN (RM)

     

    JUMLAH

        Tahfiz Al-Quran Dan Al-

    Qiraat Kuis (TPTAA) 2015

       
    6. WHB Jumlah Sumbangan Dan Tuntutan Bagi Tabung Tahfiz Al-Quran Dan Al-

    Qiraat Kuis (TPTAA) 2015

    1,000,000.00 1,000,000.00

     

     

    Sebagai langkah yang lebih komprehensif, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) baru–baru ini telah menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bagi membantu Kerajaan Negeri dalam menstrukturkan semula fungsi dan peranan anak syarikat. Perancangan ini dijangkakan dapat mengukuhkan lagi strategi korporat serta tadbir urus syarikat yang seterusnya dapat mencadangkan dasar yang bersesuaian kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi pulangan kepada pelaburan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.