DASAR PENGASUHAN ANAK-ANAK GENERASI MASA DEPAN NEGERI SELANGOR

141) DASAR PENGASUHAN ANAK-ANAK GENERASI MASA DEPAN NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Dasar KNS dalam menggalakkan kewujudan khidmat pengasuhan anakanak di rumah selain yang diwujudkan oleh Kerajaan Pusat di bawah pemgendalian JKM?

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak sama ada di rumah atau di institusi didaftarkan secara sah dan mengikuti setiap undang-undang dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak yang terlibat. Tiada dasar khas yang diwujudkan untuk menggalakkan kewujudan khidmat pengasuhan anak-anak. Namun begitu, Kerajaan Negeri telah menyediakan sebuah kursus, iaitu Kursus Insentif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) yang bertujuan untuk memberikan pendedahan awal dan ilmu pengetahuan kepada pengasuh kanak-kanak tentang teknik asuhan yang betul di samping dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan seimbang. Melalui kursus ini, pengasuh berpeluang mempelajari pengetahuan asas kaedah pengasuhan yang merangkumi aspek keselamatan, pemakanan dan pendidikan untuk digunapakai semasa mengasuh kanak-kanak dipremis mereka seterusnya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.