DE PALMA MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD. (DPMS)
164) DE PALMA MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD. (DPMS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
DPMS merupakan syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menawarkan perkhidmatan penginapan. Nyatakan prestasi keuntungan DPMS pada tahun 2008 hingga 2013?
Pendapatan Rangkaian Hotel De Palma menunjukkan peningkatan setiap tahun dari 2008 – 2013 dengan purata kenaikan sebanyak 5% seperti berikut:
2008 2009 2010 2011 2012 2013 Pendapatan (RM) 23,655,582 23,313,091 25,780,781 26,974,393 27,390,059 29,578,035 Untung Kasar Operasi (RM)
5,070,973 5,088,428 4,071,394 4,937,472 5,399,514 4,557,275 Untung Bersih Sebelum Cukai(RM)
3,002,152 (842,164) 850,200 1,303,992 256,650 650,909 Berdasarkan ringkasan diatas, purata keuntungan kasar operasi yang di capai oleh Rangkaian Hotel De Palma dari tahun 2008 – 2013 adalah sebanyak 26%. Kadar ini adalah baik / munasabah dalam industri perhotelan seperti Rangkaian Hotel De Palma.
Dari segi keuntungan bersih sebelum cukai, Rangkaian Hotel De Palma masih mampu mencapai purata keuntugan dari tahun 2008 – 2013 walaupun terdapat beberapa faktor telah memberi impak besar terhadap keuntungan sebelum cukai Rangkaian Hotel De Palma seperti bayaran tunggakan sewa bangunan Rangkaian Hotel De Palma berjumlah RM 4.1 juta pada tahun 2009, susut nilai semua asset De Palma Kuching sebanyak RM 2.6 juta serta hapus kira hutang De Palma Kuching berjumlah RM 2.2 juta pada tahun 2012.
