Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

331) DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terkini denggi mengikut PBT?

    Jumlah kes denggi 2015 (sehingga Minggu Epid 41) mengikut Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:-

     

    Bil Pihak Berkuasa Tempatan JUMLAH KES
    1 MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA (MBPJ) 6743
    2 MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) 6445
    3 MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ) 8923
    4 MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK) 4719
    5 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj) 9126
    6 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ) 3557
    7 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS)
    8 MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSP) 2747
    9 MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT (MDKL) 732
    10 MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR (MDKS) 493
    11 MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR (MDHS) 828
    12 MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM (MDSB)
    Jumlah Keseluruhan 44313

     

    “ Tiada data bagi Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) kerana keseluruhan kawasan tersebut dibawah seliaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) .

    1. Jumlah Kematian Yang Dicatatkan Dari Tahun 2013-2015 akibat Denggi untuk Negeri Selangor adalah seperti berikut: –

     

    Tahun Jumlah Kematian
    2013 24
    2014 73
    2015 (sehingga Epid 41) 105
    Jumlah 202

     

    • Kerajaan Negeri sentiasa berusaha keras dalam menangani isu denggi di Negeri Selangor. Namun, kes denggi di Negeri Selangor masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri telah menjalankan pelbagai usaha bagi menangani kes denggi di Negeri Selangor. Antaranya adalah seperti berikut: –

     

    1. Menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Kawalan Denggi Negeri yang dipengerusikan oleh YB Exco Kesihatan;
    2. Mengadakan Mesyuarat    Membincangkan   Isu    Wabak    Denggi Peringkat Negeri Selangor secara Dwi – Mingguan;
    • Program Terjah dan Musnah Aedes Peringkat Daerah Petaling;
    • Operasi Tapak Bina;
    • Task Force Denggi di peringkat PBT;
    • Mesyuarat Kawalan Denggi di Peringkat Daerah;
    • Aktiviti pencegahan di kawasan-kawasan yang berisiko seperti di tapak bina, tanah kosong, rumah kosong, rumah ibadat, kawasan perumahan;
    • Meningkatkan penguatkuasaan perundangan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975;
    • Memberi kesedaran kepada orang ramai melalui khutbah Jumaat & ceramah di masjid dan surau;
    • Menggiatkan aktiviti gotong –royong di peringkat masyarakat
    • Membuat edaran risalah denggi dan memberi abate;
    • Program/ Projek Khas PBT seperti SEDAR, BATAS dan Advokasi Denggi;
    • Program Asap dan Musnah Daerah Petaling; dan yang terkini adalah;

     

    • Bengkel Pelan Tindakan Strategik Sifar Pembiakan Aedes yang telah diadakan pada 27-29 Julai 2015 dan turut dihadiri oleh 12 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah, dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

     

    Bengkel tersebut telah merumuskan pelbagai strategi baharu yang akan di laksanakan dalam tempoh terdekat. Antaranya adalah seperti menggunakan kawalan biologi bagi mengawal pembiakan nyamuk aedes, Majlis Pelancaran Tapak Bina Sifar Aedes yang akan melibatkan semua pemaju di negeri selangor, serta silibus pendidikan kesihatan kepada murid tadika dan sekolah Negeri Selangor. Pelan Tindakan Strategik Sifar Pembiakan Aedes ini akan dilancarkan pada Januari 2015 dan pelaksanaannya adalah sepanjang tahun 2016

Lampiran

Tiada Lampiran.