DENGGI

202) DENGGI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apa jenis sistem pencegahan yang digunakan di Selangor untuk membasmi nyamuk Aedes?

    Soalan berkaitan denggi akan dijawab bersekali termasuk soalan no 35 daripada
    Yang Berhormat Sungai Pelek, soalan 135 daripada Yang Berhormat Subang
    Jaya, dan soalan 271 daripada Yang Berhormat Kuala Kubu Baru.

    a) Langkah-langkah kawalan dan pencegahan denggi bagi menghapuskan nyamuk
    Aedes yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti
    berikut:

    Langkah-langkah kawalan
    i. Pemantauan kes yang dilaporkan secara harian di peringkat daerah,
    negeri dan ibu pejabat;
    ii. Melaksanakan aktiviti kawalan secara berkesan keatas setiap kes yang
    dilaporkan seperti Pemusnahan Tempat Pembiakan Aedes, Semburan
    Racun Termal untuk nyamuk dewasa (fogging dan ULV) dan Semburan
    Racun untuk membunuh larva (Larvaciding);
    iii. Melaksanakan aktiviti Pendidikan Kesihatan kepada komuniti terlibat –
    Ceramah, Perbincangan Kumpulan Kecil, Tunjuk Cara, Nasihat Individu,
    Hebahan Awam, Risalah, Poster dan Media Luar;
    iv. Menggerakkan komuniti melaksanakan aktiviti gotong-royong untuk
    mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan Aedes;dan
    v. Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga
    Pembawa Penyakit 1975.

    Langkah-langkah pencegahan
    i. Pemantauan indeks pembiakan Aedes di kawasan berisiko tinggi denggi
    dan kawasan tumpuan awam;
    ii. Melaksanakan aktiviti Penghapusan Tempat Pembiakan Aedes kawasan
    berisiko tinggi denggi dan kawasan tumpuan awam;
    iii. Melaksanakan Semburan Kabus (fogging) pencegahan di kawasan yang
    mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi;
    iv. Melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga
    Pembawa Penyakit 1975; dan
    v. Melaksanakan aktiviti Pendidikan Kesihatan kepada komuniti setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.