Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

69) DRAF RANCANGAN TEMPATAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status Draf Rancangan Tempatan untuk Majlis Perbandaran Subang Jaya?

    Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan telah
    mengadakan Mesyuarat Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang
    Jaya 2020 (DRT MPSJ 2020) yang telah dipengerusikan oleh Y.B Tuan
    Iskandar Bin A.Samad pada
    i) 15 Jun 2009; dan
    ii) 22 Jun 2009
    Jawatankuasa Perancang Negeri Bil 5/2009 yang bersidang pada 30 Oktober
    2009 telah meluluskan Laporan DRT MPSJ 2020 dan bersetuju diangkat kepada
    Pihak Berkuasa Negeri untuk pewartaan.
    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan untuk pewartaan di dalam
    MMKN Ke 9 pada 10 Mac 2010 dan disahkan di dalam MMKN Ke 10 pada 17
    Mac 2010.
    Peringkat seterusnya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
    sedang menyediakan dokumen untuk proses mendapatkan No Warta dan akan
    menyiarkan Notis Pemberitahuan Warta Negeri di dalam sekurang-kurangnya 2
    akhbar tempatan dan satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan mengikut
    Subseksyen 15(4) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Lampiran

Tiada Lampiran.