Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

73) EKONOMI GLOBAL

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Suasana ekonomi global yang tidak menentu menuntut Kerajaan Negeri untuk lebih berhemah dalam berbelanja tetapi itu tidak bermakna kebajikan rakyat diketepikan. Jelaskan strategi Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat tidak terabai walaupun dilanda masalah ekonomi yang tidak menentu sekarang.

    Suasana ekonomi global yang tidak menentu akibat kelembapan ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat, negara-negara Eropah, Jepun dan China menuntut Kerajaan Negeri untuk lebih berhemah dalam berbelanja dan lebih mementingkan perbelanjaan yang boleh meningkatkan kebajikan dan pembangunan kualiti hidup rakyat. Sehubungan dengan itu kerajaan negeri melalui 5 strategi bajet 2009 telah menumpukan pembangunan ekonomi negeri Selangor khusus untuk meringankan beban rakyat Selangor dalam menghadapi kelembapan ekonomi. 5 strategi bajet yang telah disediakan adalah seperti berikut:

     

    1. Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
    2. ii) Mempertingkatkan Hasil Pendapatan Negeri;
    3. iii)        Memperkasa Modal Insan; iv) Mengurus Perbelanjaan Yang Cekap; dan
    4. v) Memantapkan pembangunan negeri Selangor.

     

    Justeru itu, kerajaan negeri telah menyediakan satu bajet yang seimbang bagi merangsang ekonomi dan memastikan kebajikan rakyat tidak terabai dengan menyediakan sejumlah RM710.6 juta peruntukan pembangunan bagi tahun 2009. Kerajaan negeri menyediakan pelbagai inisiatif melalui strategi yang ditetapkan iaitu:

     

    1. Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) melalui inisiatif:
    2. i) Kebajikan Anak Selangor; ii) Meringankan Kos Sara Hidup; iii)   Mengiktiraf Kecemerlangan; iv)            Bantuan Kematian;
    3. v) Penerapan Budaya Usahawan; dan vi) Menyediakan Pusat Krisis Sehenti (OSCC).

     

    1. Memantapkan Pembangunan Negeri Selangor melalui inisiatif:
    2. Pembangunan dan peningkatan kualiti hidup;
    3. Pengurusan perbandaran;
    4. Perindustrian, pelaburan dan perdagangan;
    5. Pembangunan sosioekonomi;
    6. Pembangunan pertanian;
    7. Infrastruktur dan kemudahan awam;
    8. Pembangunan Islam;
    9. Pembangunan pelancongan;
    10. Kebudayaan;
    11. Pembangunan ICT, Sains Teknologi dan Inovasi; dan
    12. Pengurusan Alam Sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.