Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

257) ELAUN AJK MASJID, SURAU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dengan penambahan beban tugas kepada Nazir, AJK masjid dan surau solat Jumaat,adakah Kerajaan Selangor berhasrat menambah elaun mereka?

    Ya, namun bergantung kepada keupayaan kewangan Kerajaan Negeri.

    Ketika ini Kerajaan Negeri Selangor hanya membiayai tambahan elaun Imam- imam Kariah berjumlah RM 450.00 sebulan bagi 750 imam yang dilantik dengan implikasi perbelanjaan tahunan berjumlah RM 4,050,000. Elaun ini adalah sebagai tambahan kepada elaun Imam yang telah diberi oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjumlah RM 850.00 bagi seorang imam.

    Kerajaan Negeri juga telah memberikan insentif khas kepada Nazir-Nazir Masjid berjumlah RM 500.00 , Pengerusi Surau RM 300.00 dan Siak Masjid dan Siak Surau juga masing-masing menerima RM 300.00. Sebanyak RM 1,638,300.00.

    Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga telah memberi elaun bulanan berjumlah RM 1,380.00 kepada Pegawai dan beberapa orang ahli jawatankuasa masjid kariah seperti pecahan berikut :-

     

    Nazir –           RM 200.00
    Timbalan Nazir –           RM 100.00
    Setiausaha –           RM 100.00
    Bendahari –           RM 100.00
    Bilal 1 –           RM 290.00
    Bilal 2 –           RM 200.00
    Siak 1 –           RM 240.00
    Siak 2 –           RM 150.00
    JUMLAH –           RM 1380.00

     

    Selain daripada itu, Lembaga Zakat juga memberi sagu hati tahunan kepada 11 orang ahli jawatankuasa masjid kariah sebanyak RM 2,200.00 seperti pecahan berikut:

     

    Ahli Jawatankuasa ( 6 orang)     –  RM 200.00 seorang Penolong Setiausaha                  –  RM 200.00

    Wakil Pemuda                                –           RM 200.00

    Wakil Wanita                                  –           RM 200.00 Pemeriksa Kira-kira ( 2 orang)                         –           RM 200.00 seorang JUMLAH                                         –           RM 2,200.00

     

    Bilangan keseluruhan Pegawai dan ahli jawatankuasa masjid kariah ketika ini di Negeri Selangor adalah berjumlah 7,875 orang. Manakala jumlah ahli jawatankuasa surau adalah berjumlah 30,975 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.