EMPANGAN AIR
194) EMPANGAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan paras air terkini semua empangan di Selangor
Berdasarkan rekod data pemantauan ‘Integrated Water Resources Information System, IWRIMS LUAS’, adalah didapati paras air di tujuh(7) empangan Negeri Selangor dalam keadaan baik dan jangka hayat takungan empangan mampu menampung bekalan air bagi semua muka sauk melebihi tempoh tiga (3) bulan akan datang. Perincian paras air empangan di Negeri Selangor sehingga 13 Julai 2017 adalah seperti berikut :
Bil. Empangan Paras air (m) Kapasiti Takungan (%) Jumlah Kapasiti
(Juta Meter Padu)
1. Batu 100.11 83.11 26.57 2. Semenyih 111.04 100.25 59.22 3. Sungai Langat 221.06 100 34.10 4. Klang Gates 95.98 100 25.34 5. Sungai Selangor 220.18 100 230 6. Tasik Subang 38.11 95.32 4.01 7. Sungai Tinggi 59.54 100.27 114.81
