GAJI KOODINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN TIDAK DIBAYAR PENUH
56) GAJI KOODINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN TIDAK DIBAYAR PENUH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah gaji Koordinator Pembangunan Modal Insan tidak dibayar penuh dari bulan Januari hingga bulan Disember sedangkan mereka membuat kerja?
Gaji Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) tidak dibayar bermula pada bulan Januari bagi setiap tahun kerana mengambil kira beban tugas yang telah ditetapkan kepada KPMI di mana kelas Tuisyen bermula pada bulan Februari dan tugasan KPMI akan berakhir pada bulan Disember pada setiap tahun.
