GANGGUAN LALAT
105) GANGGUAN LALAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat gangguan masalah lalat terhadap penduduk berpunca dari kawasan ternakan ayam misalnya di Kampung Sesapan Batu Rembau dan Bandar Tasik Kesuma. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah?
Kerajaan perihatin terdapat gangguan masalah lalat kepada penduduk yang berpunca dari aktiviti penternakan ayam. Sehubungan itu, kerajaan menerusi agensinya seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah berusaha mengambil langkah-langkah yang perlu untuk megatasi masalah tersebut.
Diantara langkah-langkah yang diambil termasuklah –
- Memperkenal serta menggalakkan penternak ayam mengusahakan penternakan ayam secara reban tertutup.
- Memperkenal serta menggalakkan penternak-penternak ayam menggunapakai mikroorganisma efektif atau dengan izin ’Effective Microbs’ (EM) pada air minuman, makanan serta semburan kepada reban dan najis ayam. EM bukan sahaja dapat menghindar pembiakan lalat malahan mengurangkan tahap pencemaran bau.
- Memberi khidmat nasihat serta membantu penternak ayam mengamalkan sistem pengurusan ladang ternakan yang baik berasaskan dengan izin ’Good Animal Husbandry Practice’ (GAHP) dalam semua aspek pemeliharaan ayam.
