GARIS PANDUAN KHEMAH PASAR PAGI
118) GARIS PANDUAN KHEMAH PASAR PAGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan secara detail apakah garis panduan yang digunapakai oleh setiap PBT terhadap Penggunaan khemah Pasar pagi?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada garis panduan khemah pasar pagi yang seragam di PBT Selangor. PBT hanya mengenakan syarat menggunakan khemah jenis kanvas atau kanopi yang sesuai bersaiz 8’x8’ atau 10’x10’ mengikut keluasan petak yang telah dikhaskan oleh PBT masing-masing.
