Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

129) GERAN PINDAH MILIK DITANGGUH LAMA PEMOHON INTRADA COMPANY S/B

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah Tetuan Intrada Company Sdn Bhd yang memohon geran pindah milik ditangguh lama? Sila nyatakan sebab yang munasabab. (Pindah Milik Tapak Lot No.20, Jalan 4, Kawasan Perindustrian Pekan Banting,Daerah Kuala Langat) No. Hakmilik PN54722 No. Lot PT: 963 (Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Langat: No. Fail PTK.LGT D5/253/AS/2011) ; No. Rujukan PKNS : (42)PKNS /BT/IND/2/89?

    Semakan telah dibuat di Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan mendapati bahawa :

    • Hakmilik masih didaftarkan di atas nama PKNS; dan
    • Tiada permohonan pindahmilik yang diterima daripada PKNS kepada Tetuan Intrada Company Sdn. Bhd.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.