Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

57) GERAN TAHUNAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan berhasrat untuk memberikan geran tahunan kepada persatuan belia dan sukan yang terdapat dalam Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa menitik berat pembangunan belia yang bergerak samada melalui persatuan ataupun sebaliknya. Justeru itu, Kerajaan mengambil tanggungjawab untuk mendekati semua kategori belia samada yang di anggap aktif, pasif mahupun sebaliknya. Populasi belia adalah merangkumi hampir separuh daripada bilangan penduduk Selangor.

    Umur 2018 2019
    15-30 1,601,700 orang 1,558,400 orang
    15-40 3,118,700 orang 2,953,900 orang

     

    Sumber: Cawangan Pengurusan Data, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IYRES)

     

    Untuk rekod, statistik pertubuhan belia di negeri mencatatkan:-

     

    1. 1,369 pertubuhan belia yang masih aktif; manakala
    2. 321 pertubuhan belia telah terbatal.

    Sumber: Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Selangor

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa sikap inklusif ini akan turut mengambil kira pandangan dan aspirasi trending Independent Youth / Belia yang semakin popular sejak akhir-akhir ini yang tidak bergerak secara organisasi atau tersusun sekaligus memastikan pembangunan belia secara holistik.

     

    Bagi persatuan belia, Kerajaan Negeri Selangor bersedia membantu Badan – badan Bukan Kerajaan (NGO) di Negeri ini untuk menjalankan program-program berbentuk pembangunan belia dan kesukanan sesuai dengan keperluan generasi muda masa kini.

    Manakala bagi persatuan sukan, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) menyediakan peruntukan tahunan.

    Sehubungan itu, satu program berbentuk pemberian sumbangan berjumlah RM50,000.00 bagi seluruh Negeri Selangor telah diwujudkan di bawah peruntukan Bantuan NGO Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan khusus untuk membantu NGO-NGO di Negeri Selangor agar terus melaksanakan aktiviti – aktiviti untuk generasi muda dan kesukanan.

Lampiran

Tiada Lampiran.