HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (HPIPT)
163) HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (HPIPT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Syarat kelayakan memohon hadiah adalah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000. Adakah syarat ini sesuai untuk keluarga dari kawasan bandar?
Urus setia HPIPT telah meneliti Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas Tahun 2012 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan mendapati pendapatan isi rumah bulanan purata dan kadar pertumbuhan tahunan purata bagi Negeri Selangor adalah meningkat sebanyak 5.5% bagi tahun 2012 berbanding tahun 2009.
Berdasarkan laporan yang sama, Taburan Peratus Isi Rumah Dan Agihan Pendapatan Mengikut Kelas Pendapatan Isi Rumah Bulanan Negeri Selangor pula menunjukkan kelas pendapatan di bawah RM 3,000.00 menjadi penyumbang utama dalam taburan tersebut terutama bagi kawasan Luar Bandar, manakala bagi kawasan bandar pula dimonopoli oleh kelas pendapatan di bawah RM 4,000.00. Jadual di bawah adalah terbahagi kepada kelas pendapatan isi rumah bagi penduduk di bandar dan luar bandar:
Kelas Pendapatan (RM) Bandar (100%) Luar Bandar (100%) Jumlah Isi Rumah
Agihan Pendapatan
Isi Rumah
Agihan Pendapatan
999 dan ke bawah 1.0 0.1 5.7 1.2 1,000-1,999 5.5 1.2 21.0 8.4 2,000-2,999 9.2 3.1 19.2 12.5 3,000-3,999 16.3 7.7 17.0 15.4 4,000-4,999 11.7 7.2 12.5 14.6 5,000-5,999 10.1 7.6 7.0 10.0 6,000-6,999 8.7 7.7 7.0 11.9 7,000-7,999 7.1 7.3 3.0 5.9 8,000-9,999 10.2 12.4 4.3 9.7 10,000 dan ke atas 20.2 45.7 3.3 10.4 Oleh yang demikian, syarat asal pendapatan isi rumah pemohon sebanyak RM 1,500.00 ke bawah telah ditambah baik kepada RM 3,000.00 ke bawah. Walau bagaimanapun, syarat baru ini dilihat kurang sesuai bagi pemohon di kawasan bandar. Di dalam masalah ini, kita berbalik kepada objektif kerajaan negeri di mana Hadiah Anak Masuk Universiti ini adalah berupa bantuan kepada pemohon yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan.
