HALANGAN PENGGUNAAN POLYSTYRENE DI NEGERI SELANGOR
140) HALANGAN PENGGUNAAN POLYSTYRENE DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh setiap PBT untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap peniaga, pengusaha atau penjaja yang ingkar perintah Kerajaan Negeri terus menggunakan polystyrene dalam urusan perniagaan harian?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MMKN ke 21/2016 yang telah diadakan pada 23 Jun 2016 telah mengarahkan dan memaklumkan semua PBT untuk meletakkan syarat larangan penggunaan bahan dan peralatan polistirena di dalam syarat-syarat permohonan lesen perniagaan. Tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil adalah berdasarkan Undang-undang Kecil yang mengeluarkan lesen perniagaan di mana setiap PBT boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan perlu sebagai syarat lesen. Oleh itu, sebarang pelanggaran atau ingkar perintah terhadap syarat tersebut, tindakan kompaun boleh dikenakan sebanyak RM1,000.00 atau apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya selain dibatalkan lesen perniagaan.
