HASIL CUKAI
210) HASIL CUKAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci jenis-jenis cukai dan jumlah kutipan 2017.
Pendapatan yang diterima oleh Kerajaan Negeri terdiri daripada 3 jenis iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Jumlah kutipan hasil Negeri keseluruhan pada tahun 2017 adalah sebanyak RM2,810,103,771.65 seperti Jadual 1 di bawah :
Jadual 1
Kutipan Hasil Negeri Tahun 2017
HASIL
31 DIS 2017 (RM)
Hasil Cukai 666,380,215.94 Hasil Bukan Cukai 1,929,108,096.51 Terimaan Bukan Hasil 214,615,459.20 JUMLAH HASIL NEGERI 2,810,103,771.65
