HASIL DAN PULANGAN DARIPADA PASIR
51) HASIL DAN PULANGAN DARIPADA PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Memohon kerajaan memberi maklumat terkini tentang semua hasil dan pulangan berkenaan dengan perlombongan pasir dan pasir laut termasuk hasil dalam bentuk royalti dan premium yang dikutip oleh pejabat tanah dan keuntungan KSSB serta dividen yang dibayar kepada kerajaan oleh KSSB.
Jadual di bawah mengandungi maklumat berkaitan semua hasil dan pulangan yang telah dibuat oleh KSSB semenjak penubuhan sehingga 2015 (sehingga September). Jumlah keseluruhan pulangan yang dibuat oleh KSSB kecuali jumlah keuntungan bersih untuk tempoh tersebut adalah sebanyak RM195,735.649.00

