Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

196) HASIL PASIR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah pengurusan hasil pasir Selangor?

    Pengurusan hasil pasir di Selangor adalah berdasarkan rujukan kepada Pekeliling Pengarah Tanah & Galian Selangor Bilangan 02/2015: Garis Panduan Pengeluaran Permit Bahan Batuan Bagi Tujuan Perlombongan Pasir di Negeri Selangor.

    Bagi tanah-tanah milik anak syarikat Kerajaan Negeri dan Tanah Kerajaan, permohonan pengeluaran permit bahan batuan (Borang 4C) bagi tujuan perlombongan dan pemindahan pasir hendaklah dibuat melalui KSSB manakala pemilik tanah hak milik persendirian, Pajakan Melombong & Pajakan Kuari boleh memohon terus kepada Pentadbir Tanah tanpa melalui KSSB.

    Sebagai anak syarikat milik Kerajaan Negeri yang terlibat di dalam perniagaan perlombongan dan penjualan pasir, hasil pasir diuruskan oleh pihak KSSB yang mana keuntungan Syarikat secara terus disalurkan melalui pembayaran royalti kepada Kerajaan dan sebahagian keuntungan disalurkan melalui sumbangan kepada Kerajaan Negeri seperti kepada Football Association of Selangor (FAS), pembiayaan majlis korban bagi Hari Raya Aidiladha, penajaan Pendidikan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat KUIS, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina di peringkat negeri. Lebihan daripada keuntungan bersih dan tunai pula disalurkan oleh Syarikat di dalam bentuk dividen kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) selaku pemegang saham.

Lampiran

Tiada Lampiran.