Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

211) HOSPITAL DAN KLINIK

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini hospital, klinik kerajaan dan klinik swasta di Selangor mengikut daerah.

    Jumlah terkini hospital Kerajaan yang terdapat di Negeri Selangor adalah sebanyak 12 buah iaitu seperti senarai berikut :

    DAERAH HOSPITAL
    Petaling Hospital Shah Alam
    Klang Hospital Tengku Ampuan Rahimah
    Hulu Langat Hospital Kajang

    Hospital Ampang

    Gombak Hospital Sungai Buloh

    Hospital Selayang

    Hospital Orang Asli Gombak

    Sepang Hospital Serdang
    Kuala Langat Hospital Banting
    Kuala Selangor Hospital Tanjung Karang
    Hulu Selangor Hospital Kuala Kubu Baru
    Sabak Bernam Hospital Tengku Ampuan Jemaah

    Jumlah klinik kerajaan di Selangor adalah sebanyak 271 buah dan pecahan mengikut daerah adalah seperti di Lampiran 1 manakala jumlah hospital swasta adalah sebanyak 55 buah dan jumlah klinik swasta adalah sebanyak 1979 buah seperti yang dinyatakan pada Lampiran 2.

Lampiran

Tiada Lampiran.