HOTEL DI TEPI TASIK CEMPAKA DI BANDAR BARU BANGI

186) HOTEL DI TEPI TASIK CEMPAKA DI BANDAR BARU BANGI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. PKNS bercadang untuk membina sebuah hotel di tepi Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Dengan adanya beberapa hotel besar dan hotel-hotel kecil di sekitar Bandar Baru Bangi, adakah wajar PKNS melibatkan diri membina hotel di sini?

    Perbadanan telah mengambil maklum mengenai cadangan ADUN Bangi dan Persatuan
    Penduduk Bandar Baru Bangi. PKNS telahpun mempunyai perancangan untuk
    membina bangunan yang boleh digunakan oleh penduduk Bandar Baru Bangi bagi
    memenuhi keperluan aktiviti-aktiviti seperti Konvensyen, seminar dan lain-lain aktiviti
    kemasyarakatan

Lampiran

Tiada Lampiran.