Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

92) HUTANG KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci jumlah hutang yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.

    Setakat ini Kerajaan Negeri mempunyai tiga (3) jenis pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan membiayai projek-projek seperti berikut:

    • Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR);
    • Projek Bekalan Air; dan
    • Projek Pelbagai.

    Secara keseluruhannya, butiran jumlah pinjaman berkenaan adalah seperti jadual berikut:

     

    Bil. Perihal Pinjaman Jumlah Pinjaman (RM)
    1. Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) 4,261,175.62
    2. Projek Bekalan Air:  
    (i) Projek Mitigasi I, II dan III

    [akan ditanggung oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)]

    330,346,659.00
    (ii) Penjadualan Semula Pinjaman Projek Bekalan Air Negeri Selangor

    [akan ditanggung oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)]

    694,757,197.45
    3. Projek Pelbagai:  
      (i) Membiayai Projek Peluasan Zon Perindustrian Bebas Sungei Way, Petaling Jaya Selangor 28,471,963.10
      (ii) Skim Amanah Saham Selangor 12,747,640.88
    Jumlah Keseluruhan 1,070,584,636.05

     

    Perincian ke atas status jumlah hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan adalah seperti di LAMPIRAN A.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.